AL KUTTAB PUSAT SEHENTI PENGAJIAN AL QURAN & TRAVEL
KELAS AL-QURAN
Al-Kuttab
Kelas Talaqqi
Al-Quran Individu
Kelas Sanad
Al-Quran
Kelas Tajwid
Al-Quran
Kelas Al-Quran
Kanak-Kanak


NAK TAHU BACAAN AL-FATIHAH ANDA SELAMA NI BETUL ATAU SALAH?
Dapatkan E-Video untuk semak & perbetulkan surah Al-Fatihah anda. Video ini khas dari Ustaz Ayub.
KLIK BUTANG DI BAWAH UNTUK
PENDAFTARAN PERCUMA
Dapatkan sekarang sementara
masih percuma!
Kelas mengaji online ini khas untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang masih merangkak membaca Al-Quran dan hukum tajwidnya masih samar-samar
Kami di Al-Kuttab memahami terdapat ramai orang ingin membuat persiapan mendalami ilmu agama seperti membaca Al-Quran tapi takut untuk ke kelas kerana pandemik Covid19
Di zaman serba canggih ini tidak menjadi alasan “covid19” kerana anda diberikan pilihan untuk belajar mengaji berdepan dengan ustaz di dalam kelas “hanya berdua” atau di rumah secara online.
Kami faham yang anda ingin berubah dengan itu anda wajib memperbaiki bacaan Al-Quran, anda mungkin bimbang jika ada yang mengata “dah tua pun masih tak pandai baca Al-Quran”. Betul?
Kelas mengaji Al-Quran ini sesuai untuk siapa?


Golongan dewasa sibuk dengan kerja,
hingga tiada masa.


Ibubapa yang segan dengan anak-anak kerana tidak lancar baca Al Quran


Golongan mualaf dewasa yang mahu belajar, tetapi tiada guru


Warga emas yang pencen kerja kerajaan atau swasta


Atok dan nenek yang segan dengan cucu cicit sebab bacaan merangkak-rangkak
Kami sangat memahami apa yang anda risaukan…


Tidak kenal yang mana bacaan pendek dan panjang
Dah banyak kali belajar tapi masih rasa keliru ketika baca Al-quran kerana tidak mengenal yang mana bacaan pendek dan panjang.


Bacaan tidak lancar / keras lidah
Merangkak-rangkak bila baca surah yang anda jarang baca? Ini terjadi sebab anda tak kenal huruf atau sifatnya, nak baca kuat-kuat pun takut orang dengar.


Malu jika ditegur ustaz / ustazah
Jangan risau, di Al-Kuttab kami menegur anda secara lembut supaya anda tidak rasa gementar dan kami akan pastikan anda selesa bertanya tidak kira apa sahaja soalan kami akan jawab sampai anda betul-betul faham.


Malu jika orang tahu dah tua baru belajar Al-Quran
Sebab itulah kami sediakan kelas secara berseorangan mengadap ustaz / ustazah secara online dirumah.
Hanya anda dan tenaga pengajar sahaja dalam kelas atau secara online


Tak kenal huruf
Anda tidak keseorangan, di Al-kuttab terdapat ramai pelajar bermula dari bawah. Tujuan kami di Al-kuttab ingin melihat semua pelajar dari tak kenal huruf hingga Berjaya khatam Al-Quran.


Di mana boleh berhenti untuk ambil nafas
Ayat Al-Quran terdapat tempat yang boleh kita berhenti atau teruskan bacaan bergantung pada keupayaan nafas seseorang. Anda tidak boleh main hentam berhenti di tempat yang sepatutnya.


Tiada masa sebab sibuk dengan kerja harian
Istimewanya di Al-kuttab kami berikan anda pilihan untuk tentukan sendiri jadual atau masa yang anda inginkan. Nak belajar Al-Quran perkara yang sangat mulia dan Allah s.w.t pasti akan lapangkan dada dan memberi ruang masa untuk anda. Jangan risau
APA KATA MEREKA YANG MENYERTAI KELAS AL-QURAN DI AL-KUTTAB?
Apakah perubahan diri anda selepas menyertai
kelas pengajian di Al-Kuttab?





Menjadi imam keluarga dengan lebih yakin
Keluarga mana yang tidak bahagia bila ketua keluarga menjadi imam solat yang baik bacaannya kepada anak-anak dan isteri.





Bersiap sedia baca Al-Quran bila mak ayah atau ahli keluarga meninggal
Jika ada dikalangan keluarga kita yang meninggal, sebagai ahli keluarga mungkin kita merasa segan jika hanya mengharapkan orang lain membaca Al-Quran atau surah Yassin. Alangkah sejuknya hati keluarga jika kita mampu memimpin bacaan-bacaan Al-Quran serta tahlil arwah dan bacaan doa.





Boleh baca macam-macam surah ketika menjadi imam keluarga
Mungkin terfikir di benak isteri dan anak-anak bila imam solat membaca surah lazim yang sama setiap kali berjemaah. Inilah masanya anda betulkan bacaan dan perbaharui surah-surah lain dalam solat.





Boleh ajar anak-anak sendiri "aktiviti yang sangat mulia"
Betapa mulianya jika ibubapa sendiri yang mengajar anak-anak membaca Al-Quran di rumah, semoga dengan hasil didikan kita mengajar anak-anak membaca Al-Quran akan mendapat manfaat apabila kita meninggal dunia kelak.
Sedarkah anda kenapa saat ini anda sedang berada di website ini?
Pastinya Allah yang menggerakkan hati anda supaya solat 5 waktu anda lebih sempurna dan kini dengan hidayahNya anda sedang mencari dimana tempat paling sesuai untuk anda belajar membaca Al-Quran. Tahniah, anda berada di tempat yang betul!
Kami harap anda tidak akan mensia-siakan baki hayat yang masih ada, Usah difikir masa lampau kerana kita semua pernah lalui zaman muda dan sering membuat dosa.
Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang, semoga hati anda lebih tenang dan jiwa anda tidak lagi merasa kosong dengan menyertai kelas Al-Quran di Al-Kuttab ini.
Harapan kami moga kita semua masih sempat bertaubat dengan mendalami ilmu islam lebih mendalam dan sempurna. Aamiin..


KINI, ANDA BOLEH BELAJAR MENGAJI SECARA BERDEPAN DALAM KELAS ATAU SECARA ONLINE DI RUMAH
Belajar Al Quran dari basic sampai khatam dalam masa beberapa bulan sahaja.







Pembelajaran Secara Peribadi
Pengalaman kami di Al-Kuttab, keupayaan setiap pelajar tidak sama. Ada yang lambat dan ada yang cepat faham. Maksud Pembelajaran Secara Peribadi ialah guru akan mengajar ikut kefahaman setiap pelajar. Kami akan mengikuti tahap kebolehan atau keupayaan setiap pelajar.







Anda Diberi Lebih Perhatian
100% perhatian dari guru. Segala ilmu yang ada InshaaAllah ustaz / ustazah akan berikan sepenuhnya pada anda tidak kira dewasa atau kanak-kanak







Masa Pembelajaran Anda Tentukan
Anda hanya free pada hujung minggu? Atau hanya ada kesempatan pada waktu malam sahaja? Sesibuk mana pun anda bekerja boleh tentukan jadual anda sendiri, sila deal dengan guru anda.







Personal & Privasi
Demi keselesaan pelajar kami pastikan hanya guru dan anda sahaja tahu dimana tahap pengajian anda. Orang lain tidak berhak untuk tahu dan masuk campur tahap mana pengajian anda hinggalah anda betul-betul khatam.







Belajar Hanya “Berdua” Sangat Private
Keistimewaan Konsep pembelajaran secara peribadi ini, jika anda nak bertanya soalan yang basic atau advance / tersalah soalan / terlalu basic, pastinya anda tidak akan malu dan tiada yang tertawakan anda. Selesa bukan?







Mula Dengan Kelas Percuma Dulu
Istimewanya kelas pengajian di Al-Kuttab kami berikan sesi kelas percuma dahulu iaitu perbetulkan bacaan surah yang sangat penting dan wajib dalam solat iaitu Al-Fatihah.
Sesi ini percuma, tak perlu bayar apa-apa. Anda boleh mengambil peluang ini untuk dapatkan feel dan mengenali cara guru-guru di Al-kuttab mengajar. Jika anda rasa kelas di Al-Kuttab ini menarik boleh join ke peringkat seterusnya.
Bagaimana Langkah-langkah kelas mengaji online dijalankan?
Untuk permulaan, Guru akan bertanya tahap penguasaan Al-Quran anda dahulu. Pihak guru akan mendengar bacaan anda dahulu sebelum mengambil keputusan dimana perlu bermula pengajian anda.
Disini kami sediakan contoh :
Anda sudah mengenal huruf dan tidak perlu lalui pengajian mengenal huruf, maka pihak guru akan terus ke kelas mengaji muqaddam atau terus langkau ke kelas mengaji Al-Quran.
Jika anda sudah mahir membaca Al-Quran dan mahu terus ke peringkat lebih advance sila maklumkan pada guru anda.
Anda boleh pilih pembelajaran lain yang kami sediakan


Lokasi penerimaan pelajar kelas mengaji online
(Seluruh Malaysia)
kelas dijalankan secara atas talian (online) untuk seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak.


Lokasi penerimaan pelajar kelas mengaji individu 1 to 1
(Kelantan sahaja)
Kelas dijalankan secara berdepan bersama guru di 4 cawangan iaitu Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan Kok Lanas.
AL KUTTAB KOTA BHARU
AL KUTTAB KUBANG KERIAN
AL KUTTAB KOK LANAS
AL KUTTAB PENGKALAN CHEPA
Seperti yang dijanjikan Al-kuttab akan berikan sesi kelas percuma iaitu perbetulkan dulu bacaan surah yang sangat penting dan wajib dalam solat iaitu surah Al-Fatihah.
Sesi percuma ini akan kami berikan link E-video yang telah kami rakamkan khas untuk anda.
Sesi ini percuma, tak perlu bayar apa-apa. Anda boleh mengambil peluang ini untuk dapatkan feel dan mengenali cara guru-guru di Al-kuttab mengajar. Jika anda rasa kelas di Al-Kuttab ini menarik boleh join ke peringkat seterusnya.
Sila klik butang di bawah untuk sertai kelas bacaan surah Al-Fatihah secara percuma.
Cepat! Sementara ianya masih percuma!